Wednesday, January 18, 2012

Guna Dinar Untuk Menunaikan Haji

Perbandingan Kos Haji Antara Duit Fiat Dan Dinar 916.





Tahun 2009
1 Dinar = RM 476.00 Kos Haji = RM 9980.00
Jumlah Dinar Yang Perlu Disimpan = 21 Dinar

Tahun 2010
1 Dinar = RM 590.00 Kos Haji = RM 9980.00
Jumlah Dinar Yang Perlu Disimpan = 17 Dinar

Tahun 2011
1 Dinar = RM 813.00 Kos Haji = RM 9980.00
Jumlah Dinar Yang Perlu Disimpan = 13 Dinar

Tahun 2012
1 Dinar = RM ???.?? Kos Haji = ????.??
Jumlah Dinar Yang Perlu Disimpan = ?? Dinar





Tahun 2002 - 1 Dinar = RM 140.00, perlu 72 Dinar
Tahun 2003 - 1 Dinar = RM 168.00, perlu 60 Dinar
Tahun 2004 - 1 Dinar = RM 202.00, perlu 50 Dinar
Tahun 2005 - 1 Dinar = RM 242.00, perlu 42 Dinar
Tahun 2006 - 1 Dinar = RM 290.00, perlu 34 Dinar
Tahun 2007 - 1 Dinar = RM 348.00, perlu 29 Dinar
Tahun 2008 - 1 Dinar = RM 418.00, perlu 23 Dinar
Tahun 2009 - 1 Dinar = RM 502.00, perlu 20 Dinar
Tahun 2010 - 1 Dinar = RM 645.00, perlu 15 Dinar
Tahun 2011 - 1 Dinar = RM 790.00, perlu 12 Dinar
Tahun 2012 - 1 Dinar = RM ???.00, perlu ?? Dinar

Oleh yang demikian, menyimpan dinar lebih baik dari meyimpan wang fiat untuk menunaikan haji. Renung renungkan dan selamat beramal.

Thursday, December 15, 2011

Tips & Ilmu : Sandarkan Wang Anda

Tips : Sandarkan Setiap Sen Yang Di Belanjakan Dengan Emas


Wang yang kita perolehi hasil titik peluh  kita bekerja ini sebenarnya adalah wang fiat (iaitu wang yang tidak disandarkan dengan emas). Ianya langsung tidak bernilai bahkan ianya masih kekal digunakan pun hanya kerana ianya masih diterima oleh para pengguna (kita semua) sebagai medium pertukaran. Tetapi malangnya kita tidak mampu untuk mendesak pemerintah agar membuat penyelarasan semula dengan mengimbangkan diantara jumlah wang ringgit yang telah dicetak dengan rizab simpanan emas. Justeru, langkah yang boleh kita ambil ialah, kita sendiri perlu menyandarkan wang yang kita perolehi dengan emas!!



Caranya?

Mudah saja, sebelum kita membelanjakan sejumlah wang, baik untuk membeli barangan keperluan (terutamanya yang mahal dan susut nilai) ataupun untuk tujuan modal perniagaan dan pelaburan pastikan anda gunakan wang itu untuk membeli emas dahulu. Selepas anda beli emas, pajakkan di Ar-Rahnu dan tunai yang anda dapat hasil dari pajakan itulah yang boleh anda digunakan untuk keperluan tersebut.

Rasionalnya?

1- Membeli barangan susut nilai (Kereta, TV lcd, Laptop, Motosikal & etc)

Jika anda membeli barangan yang susut nilai, anda tidak akan kerugian kerana kadar penyusutan itu dapat diimbangi oleh kadar kenaikan nilai emas yang anda pajakkan tadi. Anda hanya perlu maintain upah simpan 6bulan sekali dan apabila sampai waktunya nanti (kenaikan harga emas) anda boleh jualkan emas tersebut dan keuntungan hasil jualan tadi akan mengurangkan kerugian anda diatas belian barangan susut nilai tadi dan tidak mustahil dalam masa yang sama anda akan meraih keuntungan, sekaligus membuatkan barangan tadi anda perolehi secara percuma!!. 


2- Modal Perniagaan

Setiap perniagaan terdedah kepada risiko kerugian. Justeru, sandarkan modal perniagaan ataupun modal pusingan anda dengan emas. Caranya sama, iaitu beli emas, pajakkan dan hasil pajakan tadi baru boleh digunakan untuk perniagaan. Jika perniagaan anda untung, hasil dari keuntungan bulanannya digunakan untuk bayaran balik kepada Ar-Rahnu sedikit demi sedikit sehingga tertebus kesemua emas tadi. Dengan cara ini, untung perniagaan anda dapat, untung kenaikan emas pun anda dapat!! Jika perniagaan anda rugi pula, anda hanya perlu maintain bayaran upah simpan setiap 6 bulan sekali, dan dengan purata kenaikan nilai emas 25% setahun, hanya dalam masa 4 tahun anda telah menggandakan nilai emas anda kepada 100%. Anda boleh jualkan emas tersebut dan keuntungannya telah cover semula kerugian anda tadi. Keuntungannya anda boleh belikan emas lagi, pajakkan dan mulakan perniagaan baru. Sedarlah, jika anda laksanakan cara ini, anda tidak akan muflis, jatuh terduduk dan sebagainya seandainya anda kerugian di dalam perniagaan anda, kerana risikonya telah diminimakan oleh emas!!!


3- Pelaburan (Hartanah, Saham, Unit Amanah etc)

Ramai orang mengatakan bahawa pelaburan hartanah sememangnya menguntungkan, tetapi amat jarang yang mengatakan berkenaan risiko kerugiannya. Apakah pelaburan hartanah tiada risiko? Bagaimana jika berlaku kemelesetan ekonomi, syarikat2 bankrap, penyewa anda hilang pekerjaan sekaligus tidak mampu membayar sewa kepada anda? dan anda juga tidak mampu membayar semula kepada bank? akibatnya rumah anda akan dilelong!!




Tetapi jika anda menyandarkan belian rumah tadi dengan emas, anda tidak akan kerugian kerana apabila berlaku kemelesetan ekonomi harga emas akan naik mendadak!! Begitu juga ketika berlakunya bencana atau peperangan seperti peristiwa 9/11 cthnya, jika anda mempunyai hartanah di kawasan bandar di U.S sudah tentu penyewa anda akan lari dan anda perlu menanggung risiko yang hartanah anda akan dilelong. Tetapi jika anda sandarkan pelaburan tersebut dengan emas, anda akan menikmati keuntungan hasil kenaikan emas sebanayk 9% dan perak 11% pada hari itu!!


Kesimpulannya, emas bukan sahaja bertindak sebagai pelindung kepada nilai harta anda, tetapi ia juga bertindak sebagai pelindung kepada kerugian dan peminima risiko perniagaan dan pelaburan anda.

Kenapa Perlu Membeli Emas.

Simpanan Wang Kertas Atau Emas lebih Berbaloi.


Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas sebagai pembuka minda, supaya anda dapat tepuk dada dan tanyalah hati sendiri, adakah anda masih mahu menyimpan Wang Kertas ataupun Gold & Silver, jom sama2 perhatikan chart dibawah.


Nak simpan wang atau beli dan simpan Emas?




Chart berwarna putih diatas adalah Live Data bagi nilai Dollar yang mana ianya menunjukkan trend pergerakan menurun, manakala chart berwarna Gold pula adalah Live Data bagi harga Emas yang mana trend pergerakannya menunjukkan pergerakan menaik. Sayangnya saya cuma ada Data Harga bagi nilai USD bermula May 2009 sehingga sekarang, tapi ianya sudah cukup untuk menunjukkan perbezaan yang amat ketara bagi keduanya.

Chart diatas telah menjelaskan segala2nya, anda sendiri dapat melihat yang nilai USD terus turun dan turun, dan tidak mustahil satu masa nanti nilainya akan mencapai ke angka 0 (sifar), bererti ianya langsung tidak bernilai! Sejarah lalu telah membuktikan yang beberapa Matawang ciptaan manusia sebelum ini nilainya telah mencecah ke angka sifar! Sebagai contoh matawang Continental ini :




Matawang ini dicipta oleh Amerika ketika perang Revolusi, yang mana tujuannya adalah untuk membiayai kos yang terlibat di dalam peperangan. Namun sebaik sahaja perang tamat, Matawang tersebut tidak lagi diterima pakai oleh orang ramai, sekaligus menjadikan ianya kehilangan nilai. Masakan matawang ciptaan manusia ini mampu mengatasi nilai wang yang diciptakan oleh Allah S.W.T iaitu Emas & Perak? (Zahabi Wal Fiddoh).

Kini USD juga sedang menuju ke arah itu! Mungkin anda berkata anda menyimpan RM dan bukannya USD, Benar.. tapi mungkin anda terlupa yang nilai RM adalah disandarkan dengan nilai USD! Jika sesuatu yang menjadi sandarannya juga sedang mengalami penyusutan nilai, apatah lagi sesuatu yang disandarkan dengannya, kerana RM itu sendiri sebenarnya tiada nilai apa2 padanya, tetapi ianya menjadi bernilai dan diterima untuk digunapakai apabila ianya disandarkan kepada nilai USD.

Hakikatnya, apabila nilai Matawang semakin susut seperti yang boleh dilihat di dalam carta diatas, kadar penerimaan ke atasnya juga akan semakin berkurang, dan jika kadar penyusutan nilainya menjadi terlalu besar, tiada siapa lagi yang mahu menerima pakai matawang tersebut!

Ianya amat berbeza dengan nilai komoditi Emas yang mana nilainya sentiasa meningkat sebagaimana yang dapat dilihat pada carta diatas. Sebagai contoh, pada tahun 2009 kadar tukaran USD - RM ialah RM3.60, kini kadarnya hanya tinggal RM3.00, bermakna jika pada tahun 2009 saya mempunyai RM36,000 di dalam akaun simpanan saya, jumlahnya ketika ini mungkin masih RM36,000, tetapi jumlah sebanyak itu ketika ini hanya mampu membeli sesuatu yang berharga RM30,000 pada tahun  2009 dulu, buktinya, sepinggan Nasi Goreng pada tahun 2009 hanya berharga RM3.00 sahaja, tetapi kini Nasi Goreng yang sama dan di kedai yang sama telah berharga RM3.60!!.

Bayangkan jika pada tahun 2009 dulu, dengan wang RM36,000 itu saya boleh membeli Emas seberat 343 gram (RM36,000 / RM105 (Harga emas segram) = 343g, dan jika saya menjual emas tersebut pada ketika ini saya boleh mendapat tunai sebanyak RM60,711 (343g x RM177/g)!!!

Bayangkan pula pada tahun 2009 dahulu kos sara hidup anda berjumlah RM3,000 sebulan, kini walaupun anda masih kekal dengan cara hidup yang sama seperti pada tahun 2009 dahulu, tetapi kos sara hidup bulanan anda telah meningkat kepada RM3600 sebulan! Mungkin pada dasarnya anda beranggapan ianya adalah disebabkan oleh harga barangan2 keperluan & perkhidmatan yang telah meningkat, memang benar...! inilah apa yang dinamakan dengan peningkatan kadar Inflasi, iaitu penyusutan kuasa beli melalui kenaikan harga barangan keperluan & perkhidmatan!


Kesimpulannya, belilah emas, tukarkan semua tunai yang ada dalam simpanan anda kepada emas fizikal, gunakannya untuk meningkatkan kuasa beli anda supaya kewangan anda terus kebal dari  gelombang inflasi yang terus mengganas dari masa ke semasa. Untuk makluman, jika anda sekadar membeli emas dengan tujuan untuk dijual semula apabila harganya naik dan mengambil keuntungan daripadanya, ianya masih tidak membantu anda dari sudut perlindungan kewangan peribadi dan peningkatan kuasa beli. Mungkin anda masih untung dengan cara itu, tetapi anda masih terdedah dengan penyusutan kuasa beli dan Inflasi. Justeru, belilah Emas dan jadikan ianya sebagai aset pelaburan yang disimpan dan digunakan untuk jangkamasa panjang, sampai ke bila2.


Saya mendefinasikan Pelaburan itu sebagai satu aktiviti yang mampu mengubah kedudukan kewangan seseorang Pelabur itu, bermula dari satu tahap yang biasa menuju ke satu tahap yang luar biasa atau lebih baik selepasnya. Jadi, jika si Pelabur gagal membawa kedudukan kewangannya ke satu taraf yang lebih baik selepas dia membuat Pelaburan, maka dia perlu mengkaji dan merancang semula Investment Plan nya!