Pelaburan Emas di Ar-Rahnu.
Skim ini bertujuan untuk memberi pinjaman ihsan sementara kepada yang memerlukan, dengan cagaran atau barang sandaran yang dinamakan 'marhun'. Di dalam konsep ini, sesuatu barang yang berharga dijadikan sebagai cagaran yang terikat dengan hutang. Secara ringkasnya, sekiranya hutang tersebut tidak dijelaskan, makan'marhun' itu tadi boleh digunakan untuk menjelaskan baki hutang tersebut.
Pelaburan secara Ar-Rahnu kini mula menjadi perhatian kerana :
1) Dapat merendahkan kos pelaburan.
2) Mengurangkan risiko terbeli emas tiruan.
3) Memudahkan pelabur untuk menyimpan emas dan
4) Pelabur dapat memiliki jumlah emas lebih besar dengan modal pelaburan yang rendah berbanding modal pelaburan asal.
Bagaimana cara pelaburan emas Ar-Rahnu dilakukan?
Sistem Ar-Rahnu memberi pinjaman modal sehingga 65 ~ 70% untuk nilai suatu barang kemas (Emas). Melalui sistem ini pembeli akan menghubungi pihak penjual untuk menyatakan jumlah emas yang ingin dibeli. Pihak penjual pula akan membawa emas tersebut ke Ar-Rahnu yang berhampiran dengan pembeli untuk membuat ujian ketulenan dan kemudiannya emas tersebut akan dipajak diatas nama pelabur(pembeli).
Ar-Rahnu akan memberikan pinjaman maksimun 70% manakala pembeli hanya menyediakan baki 30% dari nilai emas yang dibeli untuk di bayar kepada penjual.
Sebagai contoh :
Harga 100g emas 999 berjumlah RM20,000. Pihak Ar-Rahnu akan membayar 70% daripada harga asal iaitu berjumlah RM14,000 kepada penjual. Manakala selebihnya 30% iaitu RM6000 akan dibayar oleh pelabur kepada penjual.
Bagaimana ia memberi keuntungan kepada pelabur?
Jika sebelum ini pelabur A yang hanya mempunyai RM6000 akan dapat membeli sekitar 30gram emas 999 sahaja tanpa menggunakan sistem Ar Rahnu. Melalui sistem pelaburan Ar-Rahnu ini, pelabur A dapat membeli 100gram emas 999 dengan modal yang sama iaitu RM6000.
Sekiranya harga emas naik sebanyak RM10/gram, pelabur A yang cuma membeli 30gram tanpa menggunakan sistem Ar Rahnu tadi hanya mendapat keuntungan (30gram x RM10/gram = RM300), tetapi sekiranya pelabur A tersebut melabur didalam Ar-Rahnu sebanyak 100gram ia mendapat keuntungan sebanyak (100gram x RM10/gram = RM1000) dan ditolak sedikit upah simpan, pelabur A masih mendapat lebih keuntungan berbanding cara membeli biasa.
Pelabur tidak perlu menjual emas simpanan mereka untuk mengambil untung, hanya perlu overlap sahaja surat ar-rahnu tersebut di bank.
Berapakah kadar upah simpan?
Upah simpan dikira berdasarkan nilai marhun dan tempoh bulan gadaian ditebus. Kadar upah simpan adalah seperti berikut:
- RM 0.75 bagi setiap RM 100.00 nilai marhun.
Adakah pelabur perlu membayar upah simpan setiap bulan?
Tidak. Sistem Ar-Rahnu membenarkan pelabur untuk “overlap” setelah harga emas terkini meningkat naik dan pihak Ar-Rahnu akan memberikan lebihan wang tunai kepada pelabur.
Sebagai contoh:
Pelabur A membeli 100gram emas pada harga RM200/gram. Setelah 2 bulan harga emas telah naik RM10/gram menjadi RM210/gram. Pelabur A hanya perlu membawa surat Ar-Rahnu ke bank untuk (overlap) dan pihak Ar-Rahnu akan memberikan lebihan wang tunai sebanyak RM1000 (100gram x RM10/gram) – upah simpan. Manakala tempoh masa pajakan pelabur A akan bertambah lagi 6 bulan dan seterusnya.
Berapa lama cadangan pelaburan menggunakan Ar-Rahnu?
Kami cadangkan sekurang-kurangnya 18 bulan.
Adakah pelaburan Ar-Rahnu selamat?
Ya. Pelabur tidak perlu risau tentang ketulenan emas yang dibeli kerana pihak Ar-Rahnu akan menguji dahulu ketulenan emas tersebut sebelum pelabur membayar kepada penjual. Emas yang dibeli disimpan ditempat yang lebih selamat berbanding di rumah. Pelabur juga tidak perlu risau untuk menjual emas yang di pajak. Pelabur boleh menghubungi pembeli emas pada bila-bila masa untuk mendapatkan tunai.
Dimanakah pelaburan Ar-Rahnu boleh dilakukan?
Mana-mana Institusi Kewangan yang menyediakan pajak gadai islam Ar-Rahnu.
Bolehkah membeli atau menjual emas kepada Ar-Rahnu?
Tidak. Pihak ar-rahnu tidak menjual atau membeli emas. Bagi yang berminat untuk menceburi pelaburan emas ini, bolehlah menghubungi/sms My 1 Dinar di talian 013-4224 205. Konsep pelaburan ini hanya diterima pakai bagi pembeli yang ingin membeli emas di My 1 Dinar sahaja.
Carta Menunjukkan Kenaikan Harga Emas Dunia.
********* Bertindak Pantas Untuk Anda Lebih Kaya Dan Berjaya***********
Untuk Maklumat Lanjut Boleh Hubungi / Sms Kami Di Talian : 013 4224 205